KEBERKESANAN ALAT BANTU MENGAJAR (SMART COT) DALAM ASAS PEMBUATAN PERABOT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HARIAN PENDIDIKAN KHAS TINGKATAN SATU

Authors

  • Aziezatul Nezirah Amri Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohamed Nor Azhari Azman Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Tee Tze Kiong Universiti Tun Husein Onn
  • Moh Khairudin Universitas Negeri Yogyakarta

DOI:

https://doi.org/10.12928/joves.v2i1.620

Keywords:

Furniture manufacturing base and teaching aids, Special education, Wooden furniture.

Abstract

Murid Berkeperluan Khas (MBK) di sekolah menengah harian kurang mendapat peluang untuk mempelajari kemahiran vokasional  khususnya dalam bidang  pembuatan perabot kayu kerana ketidakupayaan murid dalam melakukan kerja-kerja pertukangan. Matlamat kajian ini adalah  untuk membangunkan Kit (Smart Cot) sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) bagi mata pelajaran baharu  iaitu Asas Pembuatan Perabot yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khusus kepada murid berkeperluan khas bagi Program Pendidikan Khas Intergasi (PPKI) tingkatan satu yang mengalami masalah pembelajaran. Reka bentuk kajian  ini menggunakan  kaedah  kualitatif  dengan menggunakan instrumen temubual, pemerhatian dan borang senarai semak kajiaan yang telah dijalankan sepanjang proses Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (Pdpc) berlangsung dengan menggunakan Kit (Smart Cot) terhadap silibus Asas Pembuatan Perabot. Kajian ini melibatkan seramai 9 orang murid PPKI sebagai responden kajian, khususnya murid dalam bidang pertukangan perabot kayu di sebuah sekolah menengah kebangsaan harian di Selangor. Kajian kes digunakan oleh penyelidik kerana mampu melampaui kuantatif, keputusan statistik dan memahami keadaan sifat daripada pelbagai perspektif. Kesemua elemen akan dinilai berdasarkan proses perlaksanaan temu bual, pemerhatian dan borang senarai semak responden kajian. Maka maklumat yang dikumpul adalah dalam bentuk ayat ataupun perkataan. Penyelidik mencadangkan supaya ABM kit (Smart Cot) ini digunakan oleh guru dalam proses Pdpc bagi silibus Asas Pembuatan Perabot kepada murid berkeperluan khas agar dapat meningkatkan prestasi pencapaian dan penguasaan kemahiran pertukangan perabot kayu.

 

Kata kunci :  Pendidikan khas, perabot kayu, asas pembuatan perabot dan alat bantu mengajar

 

 

References

Azman, M. N. A., & Mustapha, R. (2014). Pendidikan Teknikal dan Vokasional: Pendekatan Penyelidikan, Analisis dan Interpretasi. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Azman, M. N. A., Azli, N. A., Mustapha, R., Balamuralithara, B., & Mohd Isa, N. K. (2014). Penggunaan Alat Bantu Mengajar ke Atas Guru Pelatih Bagi Topik Kerja Kayu, Paip, dan Logam. Sains Humanika, 3, 77-85.
Daros, M. M., Nordin, M. S., & Saud, M. S. (2012). Pelajar Berkeperluan Khas dan Bermasalah Pembelajaran Dari Sekolah Ke Kerjaya. Journal of Social Science, 5(1), 42-46.
Ghani, M. Z., & Ahmad, A. C. (2011). Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang: Penerbit USM.
Jantan, N. (2016). Penerapan Budaya Kreatif dan Inovatif Di Kalangan Pelajar Politeknik Merlimau Melalui Perkaya Inovasi. Melaka: Politeknik Merlimau.
Mohamad, J., & Yaacob, N. R. N. (2013). Kajian Tentang Kepuasan Bekerja dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Nordin, N., Norman, H., & Embi, M. (2015). Technology Acceptance of Massive Open Online Courses in Malaysia. Malaysian Journal of Distance Education, 17(2), 1-16.
Nasri, M. S. B., Hamzah, R., & Udin, A. (2010). Falsafah Pendidikan Kebangsaan Memperkasakan Peranan Pendidikan Teknik Vokasional dan Pendidikan Khas. Retrieved from: https://core.ac.uk/download/pdf/11790073.pdf.
Nawi, A. (2017). Potensi Penggunaan Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps) dalam Bidang Pendidikan Islam. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 2(2).
Rashid, N. A., Boon, P. Y., & Wong, K. W. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford Fajar.
Samsudin, N. H., Wahid, P. R. A., & Ja’afar, S. (2018). Pengaplikasian Model Awal Kit Asas Membaca dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Pemulihan Khas. Jurnal Sains Insani, 3(1), 1-9.

Downloads

Published

2019-08-31

Issue

Section

Articles