Ahmad Ibrahim dan Pengislaman Sistem Hukum di Malaysia

Authors

  • Ahmad Nabil Amir International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM) Kuala Lumpur

DOI:

https://doi.org/10.12928/adlp.v2i2.6173

Keywords:

Islamisasi Undang-Undang, Ahmad Ibrahim, Undang-Undang Jenayah Islam, Pengislaman Undang-Undang

Abstract

Makalah ini bertujuan mengkaji sumbangan Ahmad Ibrahim (1916-1999) dalam usahanya merangka dan menjayakan gagasan Islamisasi undang-undang di Malaysia. Beliau telah membangunkan kerangka perundangan Islam yang bernafaskan prinsip hukum dan syariat yang dilakarkannya bagi menggantikan undang-undang sivil yang diwarisi dari penjajah. Kajian ini berasaskan metode kualitatif dari jenis analisis kandungan. Sumber data diperoleh dari bahan primer dan sekunder yang terkait dan dianalisis secara deskriptif, historis dan komparatif. Ia mengkaji secara terperinci kaedah yang diusulkan Ahmad Ibrahim bagi menerapkan dan meninggikan harkat undang-undang Islam dan sistem pentadbiran dan kehakimannya seperti yang dicerakinkan dan dibincangkan dalam karya-karyanya. Temuan ringkas menyimpulkan bahwa Ahmad Ibrahim telah membawa pembaharuan dalam pentadbiran undang-undang Islam dengan memperkenalkan kaedah perundangan Islam dan syariah dalam usahanya menegakkan prinsip syariat dan semangat perundangannya di Malaysia.

References

Amin, M. (1989). Islamization of laws in Pakistan. Sang-E-Meel Publication.

Ibrahim, A. (1985). The Position of Islam in the Constitution of Malaysia. Institute of Southeast Asian Studies.

Ibrahim, A. (1994). Superiority of the Islamic System of Justice. IIUM Law Journal, 4(1).

Ibrahim, A. (1997). Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Ibrahim, A. (1998). Kesesuaian Hukum Islam dalam Pentadbiran di Malaysia. Jurnal Hukum, xii(ii).

Ibrahim, A. (1999). Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Malayan Law Journal.

Ibrahim, A. (2000). The Administration of Islamic Law in Malaysia. Institute of Islamic Understanding Malaysia.

M.B. Hooker (Ed.). (1989). Malaysian Legal Essays: A Collection of Essays in Honour of Professor Emeritus Datuk Ahmad Ibrahim. Malayan Law Journal.

Nik Abdul Rashid Nik Abdul Majid. (2005). Biografi Ahmad Ibrahim. Jurnal Undang-Undang IKIM Edisi Khas Sempena Memperingati Al-Marhum Profesor Emeritus Ahmad Mohamed Ibrahim, 9(1).

Shaikha Zakaria. (n.d.). List of works by Professor Ahmad Ibrahim. Dalam M.B. Hooker (Ed.), Malaysian legal essays: A collection of essays in honour of Professor Emeritus Datuk Ahmad Ibrahim. Malayan Law Journal.

Vernon, C. T. (2001). Tan Sri Datuk Professor Ahmad Ibrahim. National Library Board Singapore.

Yaacob, A. M. (2005). Profesor Ahmad Ibrahim dan Sumbangan Beliau dalam Perundangan Islam di Malaysia. Jurnal Undang-Undang IKIM.

Yaacob, F. (1989). Mungkin Berlainan Jika Berlaku sekarang: Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim. Dewan Masyarakat.

Downloads

Published

2022-12-15

Issue

Section

Articles